Ahad, 2 Disember 2012

:: Warkah Terakhir Buat DiriNya ::

Ini cerita terakhir buat diri...
mungkin tiada lagi cerita yang bakal aku ukirkan lagi didalam blog ini...
sebagai maklum aku akan melangsungkan perkahwinanku lebih kurang 2 minggu sahaja lagi....
Aku akan bergelar seorang isteri pada insan yang sudah lama aku kenali sebagai sahabat aku sendiri disatu masa dahulu....

Akan tetapi.. hatiku terasa sebak dan mataku tidak dapat lelap lena....
untuk meninggalkan hari-hari yang pernah aku lalui bersama insan yang pernah hadir dalam hidup aku...
menjadi penguat.. penenang di hati ini... yang selalu membuat aku ketawa dihari-hari aku....
yang sentiasa ada dikala aku memerlukan... yang sentiasa ada bersama aku ketika aku sakit.. sedih...

Hatiku terlampau sebak untuk meninggalkan semuanya.... begitu deras air mata ini mengalir saat aku melihat gambar-gambar bersamanya... kenangan-kenangan bersamanya... hadiah yang diberi yang sentiasa aku pakainya dan setiap kali itu juga aku ingat kata-katanya " ...awk.. saya hadiahkan jam ni supaya awk ingat masa-masa kita bersama... " ya allah... sungguh kuat dugaan yang KAU beri pada aku yang terlalu lemah sangat untuk laluinya....

Jujur aku katakan aku masih sayangkan dia... cinta kan dia... mungkin apa yang aku katakan ini salah bagi semua... kerana aku sudah pun bergelar tunangan orang... tapi... apakan daya aku... sehingga kini aku masih tak dapat lupakan dia... setiap hari aku ingati dia.. setiap doa aku selitkan nama dia... setiap kerja yang aku lalukan untuk aku bersemangatkan diri aku ingati dia.... sungguh kuat....

Paling aku terharu... 23/11/2012... tarikh yang cukup buat aku ingat sampai bila-bila... dia hadiahkan lukisan gambar aku... buatkan hadiah yang aku tunggu lama.... lakukan apa yang aku maukan selama aku kenal dia.... bersama dengannya... walaupun hanya beberapa jam sahaja.... tapi hati aku senang sekali bila melihat dia di hadapan ku... nampak raut wajahnya memandang kerenah aku... xjemu melayan aku... aku cuba bertahan pada hari itu untuk tidak menangis dihadapannya... dan akhir nya aku tewas juga menahan air mataku... tetapi setelah dia beredar dari pandangan ku... aku rasakan aku jatuh... jatuh seperti aku dihempap sesuatu sehinggakan aku tidak mampu untuk berdiri.... tapi aku cuba kuatkan diri.... melawan apa yang sedang berlaku pada diri aku... aku menangis... hati aku meronta untuk lepaskan semuanya yang ada dihadapanku... tapi aku tiada daya untuk ungkapkan... mungkin kerana memang sikap aku... suka menjaga hati orang-orang yang aku sayang.. yang sentiasa memerlukan aku... sehinggakan aku korbankan perasaan aku sendiri... ingin sahaja aku berlari dan mencari haluan baru.... tapi...........


mungkin pada waktu itu aku pasrah... terlalu pasrah.... tapi sekarang aku redha dengan takdir.. ..
walau aku cuba melawan sekuat mana pun... tapi takdir dah ditetapkan sebegitu.....
aku perlu ikhlaskan diri untuk menerima segalanya.......

~ untuk dia... jikalau awk baca warkah ini... sya nak awk tahu... saya sayangkan awk... tak pernah sedetik pun saya lupakan awk... terima kasih atas segalanya... saya bersyukur pada Allah kerana pertemukan kita walaupun kita tidak ditakdirkan jodoh bersama... sya mahu awk kuat saat saya tiada dimasa-masa awk nti... sya nak awk teruskan hidup dan capai impian awk... kembalilah pada NYA jika awk jatuh... jika awk lemah.. jika menangis... tiada saya lagi untuk lapkan air mata awk... tiada kata-kata semangat lagi dari saya nanti awk... ini impian saya... sya mahu awk berjaya dalam hidup awk.... insyaallah awk akan dipertemukan pengganti saya yang boleh jaga dan paham awk sebagaimana yang saya paham awk.... awk tak pernah hilang didalam doa-doa saya....
awk adalah insan yang terbaik yang pernah saya jumpa dan awk... saya tak pernah menyesal mengenali awk..... Assalamualaikum... ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan